Kerjaya Jo Yu-ri

2017–2020: Pra-debut dan Iz*One

Rencana–rencana utama: Idol School (2017 TV series), Produce 48, dan Iz*One

Pada Julai 2017, Jo menyertai rancangan televisyen realiti Mnet Idol School di mana sembilan peserta akhir akan debut sebagai kumpulan gadis yang baru iaitu Fromis 9. [1] Tetapi Jo mendapat tempat ke-15. [2]

Pada 11 Mei 2018, Jo menyertai rancangan televisyen realiti Mnet Produce 48 di mana dia berjaya mendapat tempat ke-3. Sebagai salah seorang daripada dua belas peserta yang berjaya, dia kemudiannya menjadi sebahagian daripada kumpulan gadis Iz*One yang baru ditubuhkan. [3] Pada 29 Oktober 2018, Jo memulakan kerjaya sebagai ahli Iz*One dengan album Color*Iz . [4] Kumpulan itu dibubarkan pada 29 April 2021 setelah kontrak mereka tamat. [5]

Pada 22 September 2020, Jo mengeluarkan single OST "My Love" untuk siri televisyen SBS Do You Like Brahms? . [6] Lagu itu debut pada kedudukan ke-29 pada Carta Muat Turun Gaon dan ke-36 pada Carta BGM Gaon dalam keluaran carta bertarikh 20–26 September 2020. [7] [8]

2021–kini: Aktiviti solo

Pada 24 Jun 2021, Jo mengeluarkan single OST "Story of Us" untuk siri televisyen JTBC Monthly Magazine Home . [9] Lagu itu debut pada kedudukan 62 pada Carta Muat Turun Gaon dalam keluaran carta bertarikh 20–26 Jun 2021. [10]

Pada 23 September, Jo mengeluarkan "Autumn Memories" ( 가을 상자 ), lagu kolaborasi bersama Lee Seok-hoon . [11] Pada 24 September, Wake One Entertainment mengumumkan bahawa Jo akan melancarkan album single pertamanya berjudul Glassy pada 7 Oktober, berserta single utama dengan nama yang sama. [12]

Pada 11 April 2022, Jo telah mendapat watak dalam siri web milik Playlist Studio bertajuk Mimicus yang akan datang. [13]

Pada 17 Mei 2022, Wake One Entertainment mengumumkan bahawa Jo akan mengeluarkan extended play pertamanya berjudul Op.22 Y-Waltz: in Major pada 2 Jun, dengan single utama "Love Shhh!" . [14]

Rujukan

WikiPedia: Jo Yu-ri http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/online.g... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/online.g... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/online.g... https://m.weibo.cn/status/4709218890550319 https://aaa-ret.com/en/a/artists?filter=sw https://vote.myseezn.com/ https://entertain.naver.com/now/read?oid=109&aid=0... https://entertain.naver.com/read?oid=009&aid=00048... https://entertain.naver.com/read?oid=015&aid=00039...